Tuesday, November 24, 2009

kek icing fondan

hari ini kita buat satu kek buah dengan icing fondan, sebenarnya kek ini ditempah oleh pelanggan yang katanya untuk dijadikan hantaran perkahwinan anak lelakinya .oleh kerana pengantin perempuannya jauh di Kedah makanya beliau minta kek icing fondan.
kita buatkan kek dengan hiasan smocking .Oleh sebab sudah agak lama kita tak buat maka kita mengambil masa yang lama untuk mengulangkaji topik ini. Kita buka balik buku SMOCKING IN SUGARPASTE dan nota semasa kita belajar dengan Pn. Sharijah Datok Sharif

dari Sugar Crafts tahun 80 an dulu.Terima kaseh Puan Sharijah!
kita akan letak gambarnya bila siap nanti, setakat ini dah 80% siap.

No comments:

Post a Comment